OZFO menawarkan barangan berjenama baru dan 'Pre-Loved' secara on-line. Servis kami termasuk penghantaran sehingga ke pintu rumah anda.
Bagi barangan baru, kami memperolehinya dari butik butik factory outlet di sekitar Gold Coast dan Brisbane yang sentiasa menawarkan harga-harga yang amat berpatutan. Jadi tiada persoalan tentang originaliti produk kami. Kualiti terjamin!
Barangan 'Pre-Loved' pula adalah barangan terpakai berjenama yang masih berkeadaan baik. Kebersihannya dijamin kerana kami akan membersihkannya secara "tender, love and care" (TLC) sebelum diiklankan secara on-line.
Penghantaran kepada anda menggunakan Australia Post International Postage melalui udara. Masa diperuntukkan adalah antara 10-14 hari dari pembayaran diterima. No Hassle, no worries!
HAPPY SHOPPING!
Pertama, kadar pertukaran wang yang lebih rendah berbanding US, UK dan negara2 Eropah. Selain itu, jarak yang tidak jauh antara Malaysia dan Australia menjadikan kos penghantaran lebih murah dan cepat. Pasaran Australia juga mementingkan kualiti barangan yang tinggi. Produk tiruan diharamkan disini.
Bagaimana OZFO menawarkan harga rendah?
Oleh kerana OZFO beroperasi di Gold Coast, maka mudahlah memantau harga dan membeli pada masa yang tepat sahaja. OZFO juga bukanlah company besar, sayalah boss dan saya juga kuli. Maksudnya tak payahlah bayar kos sewa kedai, gaji pekerja....jadi memang murahlah!
Kenapa OZFO pilihan terbaik shopping anda? Kelebihan pertama ialah beratus-ratus kedai berkonsep Factory Outlet beroperasi disekitar Gold Coast dan Brisbane. Lebih banyak pilihan untuk anda!
Kedua, OZFO juga menawarkan barangan 'pre-loved' atau terpakai yang masih baik kualiti pada harga yang sangat berpatutan. Terima kasih pada kewujudan "Garage Sales" dan "Car Boot Sales" yang berselerakan setiap hujung minggu disini!
No comments:
Post a Comment